PROFIL
Maklumat Umum Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Alamat Sekolah : Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu
Kod Sekolah : TFT 3002
Gred Sekolah : A
No Telefon/Faks : 09 6221086 / 096317086
Email : smaasza58@gmail.com
JPN : Terengganu
PPD : PPD Kuala Terengganu
Daerah Pentadbiran : Kuala Terengganu
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu dan Arab
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah Agama (SABK)
Sesi : Pagi sahaja
Peringkat : Menengah Rendah, Atas dan Tingkatan 6 (STPM / STAM)
Tarikh Penubuhan
- 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol
- 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
- 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
- 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
Pengasas/Tokoh Penubuhan
Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
Tapak / Lokasi Sekolah
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu
Tapak asal adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja Kampung Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu
Bangunan Sekolah Peringkat Awal
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
Pada tahun 1932 sebuah bangunan sendiri telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Nama sekolah adalah Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin
Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun) DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))
Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan 1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
· Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
· Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4 tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi (Sijil Thanawi ini diakui setaraf dengan Sijil Thanawi Azhar, dan pemegangnya boleh menyambung pengajian ke tahun pertama di Universiti Azhar, Mesir)
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Ugama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
Pada tahun 1962, dua blok bangunan batu dua tingkat telah didirikan, mengandungi 16 buah bilik darjah.
Pada tahun 1965 sebuah dewan yang boleh memuatkan 500 orang pelajar/guru telah didirikan untuk kegunaan perhimpunan, majlis syarahan dan sebagainya.
Pada tahun 1966 sebuah bangunan batu 3 tingkat telah didirikan sebagai bangunan tambahan. Bangunan ini Telah dilengkapi dengan makmal sains dan sains rumah tangga serta bilik darjah.
Sebuah bangunan asrama untuk pelajar puteri telah didirikan dan bangunan ini boleh menampung kira-kira 150 orang pelajar.
DATA MURID
ENROLMEN PELAJAR SMAASZA
TAHUN 2014
Tingkatan
|
Pelajar
|
Jumlah
| |
Lelaki
|
Perempuan
| ||
Satu
|
59
|
85
|
144
|
Dua
|
35
|
70
|
105
|
Tiga
|
51
|
85
|
136
|
Empat
|
53
|
78
|
131
|
Lima
|
47
|
69
|
116
|
Enam Rendah
|
0
|
0
|
0
|
6 Atas
|
35
|
39
|
74
|
JUMLAH
|
280
|
426
|
706
|
AKTIVITI SEKOLAH
Karnival Sains dan Matematik SKK 2014 yang berlangsung dari 22 Jun telah ditutup dengan rasminya pada hari ini 25 Jun 2014 oleh Yang Berbahagia Tn. Haji Matsor bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di dewan Fikri SMAASZA dan telah dihadiri oleh peserta dari semua sekolah yang terlibat. Sebelum itu pada hari Selasa, beberapa pertandingan telah berlangsung antaranya pertandingan:
- Roket Air
- Sodoku
- Booth Terbaik
- Bot Solar
- Pertunjukan Sains
- Inovasi Tool kit 2 & 3
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sekitar pertandingan dan majlis penutup.
Monday, June 23
Karnival Sains Dan Matematik SKK Kebangsaan 2014
Buat julung kalinya SMAASZA menganjurkan Karnival Sains dan Matematik Peringkat Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun ini. Karnival ini bermula dari 22-25 Jun 2014. Antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian di dalam karnival ini adalah seperti berikut:-
- SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu
- SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu
- SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu
- SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
- SM Sains Dungun, Dungun, Terengganu
- SMK Seri Jengka, Maran, Pahang
- SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor
- Kolej Vokasional Tawau, Tawau, Sabah
- SM Imtiaz, Kuala Berang, Terengganu
- SM Bandar Utama Damansara 3, Petaling Jaya, Selangor
- SMK Pusat Peneylidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang
- SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak
- SMK Chukai, Kemaman, Terengganu
Pelbagai acara dipertandingkan seperti Roket Air, Bot Solar, Sodoku dan Inovasi Tool Kit 3. Selain daripada itu, pameran KoKurikulum juga diadakan disamping gerai-gerai jualan
No comments:
Post a Comment